Friday, February 27, 2009

Bersedekah Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W. 1430 Hijrah/2009 Masehi

Kepada: Semua Penuntut-Penuntut

Per: GILIRAN BERSEDEKAH SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD S.A.W. 1430 HIJRAH / 2009 MASEHI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dengan hormat dan sukacita dimaklumkan bahawa mengenai dengan perkara diatas iaitu giliran bersedekah selepas acara zikir dua-belas malam berturut-turut bagi penuntut-penuntut telah pun ditetapkan oleh Urusetia Majlis Ugama Suruhanjaya Tinggi NBD London pada 5hb Mac 2009 Masehi bersamaan dengan 8 Rabiulawal 1430 Hijrah.

Sehubungan dengan ini, para penuntut adalah di alu-alukan untuk menyumbangkan sedekah yang berupa kewangan atau makanan untuk dinikmati selepas acara zikir selesai berlangsung pada hari yang berkenaan. Kepada penuntut-penuntut yang berhasrat untuk menyumbangkan sedekah yang berupa makanan adalah dipersilakan untuk membawanya terus ke ruang makan (dining hall) Brunei Hall.

Di atas sumbangan yang diberikan oleh para penuntut pihak Persatuan Penuntut-Penuntut Brunei mengucapkan jutaan terima kasih. Segala sumbangan awda bagi majlis yang berkebajikan ini adalah amat-amat dihargai. Semoga Allah Subhanahu Wata’ala membalas apa yang abiskita sumbangkan, Amin.

Untuk pertanyaan lanjut, abiskita bolehlah berhubung terus dengan:

Hj Md Dinie Zuhairi bin Pehin Hj Hasrin +44(0)7756726051
bsunion.ras@live.co.uk

Sekian Terima Kasih.


Yang benar,
HJ MD DINIE ZUHAIRI BIN PEHIN HJ HASRIN

S.K. Presiden BSU
S.K. Setiausaha Am BSU

No comments: